Wanita Paling Malang Adalah...

11:56 AM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt

Hola!

Kalau diperhatikan, sekarang ni musim apa? Cuba teka! Haaa memandangkan cuti Tahun Baru Cina kali ini agak lama, makanya jadi lah musim orang kahwin, bak kata kawan-kawan Ajim, musim mengawan! HAHAHA. Tak salah tapi agak kurang sesuai untuk pembaca bawah umur. Eh, ada underage reader ke kat sini? Kalau ada, "Dik, abang minta maaf". hehehe

Okay, memandangkan ramai yang kahwin, makanya kami yang bujang ni semuanya nak meroyan kat Whatsapp group. Ada yang depressed sebab kawan-kawan ramai dah kawen, tak kurang juga yang baru bertunang.

Dalam duk meroyan tu, tiba-tiba ada sorang kawan ni kata,

"Oh tak kawin lagi, takpe, chill la". 

Frasa menyedapkan hati. Tapi dia sertakan juga satu pesanan yang amat bermakna ni (dipetik daripada Facebook Nasihat Ustaz Kazim Elias):

Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang...
Posted by Nasihat ustaz kazim elias on Sunday, 22 January 2017

Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ?

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."

Betul jugak petikan post di atas. Makanya, berhati-hati lah pilih suami, kerana ia adalah pilihan seumur hidup.

Babai.

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul juga tu.. Dah tersalah pilih tak bole dah nak undo.. T_T

    ReplyDelete
  2. Perkahwinan bukannya nak dihadap sehari dua. Kena hadap sampai mati. sebab tu wanita kena pandai pilih suami. Jangan hanya pilih suami yang hensem dan sado sahaja, tapi yang beriman pun penting juga. Kalau cari suami yang entah apa apa, silap silap haribulan hidup boleh menderita.

    ReplyDelete
  3. Betul3..setuju! hehe..

    Pilih lah yg tak tinggal solat. Huhu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images